Pages

Wednesday, April 24, 2013

PKR TIPU PKR bahagian 1

"Tipah tertipu..tertipu teTipah...Tipah tertipu lagi".Sayup pemati lagu Tipah tertipu itu meninggalkan AP,corong radio kecil dikaunter itu AP pandang.
Saat meninggalkan meja biasa tempat melepas lelah,Saat mengangguk sapa kepada mamak pembuat nescafe tarik kegemaran,isyarat mahu pulang dari AP.Melalui bahasa tubuh,nampaknya mamak itu cukup berpuas hati dengan seni tarik nescafenya kepada AP....Nanti sambung...

Tinggalkan dulu senario biasa AP diatas,ada bicara baru buat pembaca.seperti artikel artikel AP yang sudah,pastinya ada kaitan perenggan pertama dengan apa yang mahu AP sampaikan dibawah.

Mahu bicarakan soal TERTIPU.

AP melayar satu demi satu calon PKR di negeri Perak yang bakal bertanding di PRU 13 ,bakal kita lalu pada 05 Mei nanti,menarik lirik mata AP terarah kepada suatu nama yang digah besarkan oleh Pemimpin De Facto PKR Ds Anwar dibanyak tempat ceramahnya, Iaitu Dato Abd Hadi bin Abd Khatab, mahu kenal siapa? Bagi yang kurang jelas,nama itu takkan lengkap sebenarnya andai tidak di isi didepan nama nya sebagai Brigadier Jenderal (B).

GAH yang di labelkan kepada Brigadier Jenderal (B) *selepas ini disebut : BJB atau pembaca labelkan sendiri mengikut faham masing masing.Yang menjadi SEBUTAN oleh De Facto di setiap ceramahnya,kerana De Facto itu telah pun melantik BJB itu sebagai..... PRESIDEN MAJLIS RUNDINGAN KESELAMATAN (MKR ) Parti Keadilan Rakyat. Nah!! Sekarang tambahkan GA pada GAH dipermulaan perenggan ini.

GAGAH....kah?. Seram sejuk tengkuk AP bilakala mahu menyebut jawatan besar ahli PKR itu.

seram sejuk itu bukanlah disebabkan kegerunan Dato Abdul Hadi Abdl Khatab juga dikenalkan kepada umum oleh De Facto sebagai Brigadier Jeneral Bersara juga sebagai PRESIDEN RUNDINGAN KESELAMATAN....bukan sebabnya..jauh sangatlah..

Semua LABELAN GAGAH DAN SOSSIFIKATED kepada Dato Abdul Hadi itu kerana mahu menutup MALU Dato Abdul Hadi sendiri...

Seram sejuk AP... diberitahu oleh kenalan AP di PKR Tanjung Malim.." mana layak nak panggil Brigadier Janeral Bersara pun Dato Hadi tu! Dia tu kena pecat!" dibacakan dengan nada kuat .."berdasarkan Perenggan 4 dan 5 PMAT Bil 1/1975 dibawah seksyen 9,Akta Angkatan Tentera 1972"
Seram sejuk sebab kenalan AP itu...marah benar dia dengan calon pilihan Parti sokongannya..bila mana AP mahu menyebut jawatan penuh panjang itu kepadanya...

"JANGAN NAK TIPU AKU LAH!!!AKU PUN BEKAS ASKAR JUGAK!!".. Nada dari kenalan AP, disambungnya lagi...
"JANGAN NAK TIPULAH KAMI,CABANG PKR TANJUNG MALIM!!"....

Dapat Apa yang AP nak sampaikan?
Dapat buat keputusan nak panggil Dato Hadi tu siapa?
Siapa PULAK dia??

Owhh lupa sebenarnya nak bagitau pembaca.. PRESIDEN RUNDINGAN KESELAMATAN aka BRIGADIER JANERAL BERSARA aka DIPECAT DARI JAWATAN aka DATO HADI

(Errr...PKR BESAR..TIPU PKR KECIL,TIPU RAKYAT...
pheww....)

Ini Ialah calon PKR untuk DUN BEHRANG.
Pct kata...satu lagi "produk bermutu" dari Pakatan Rakyat...


Pssst.....ada lagi sambungan.....





1 comment:

  1. Salam. Hadi telah di lucutkan tauliah oleh agong di bawah Sec 9 AAT, akibatnya, dia tidak sepatutnya memperolehi sebrang ganjaran, maupun pencen,DAN tidak boleh memakai gelaran pangkat Brig Jen disebabkabn kes kehilangan enjin jet.... Tetapi bab pencen dan gajaran mungkin Majlis Angkatan Tentera telah bermurah hati memberi dia 50% wang ganjaran dan 20% pencen. Dia sepatutnya dilucutkan gelaran Dato jugak JIKA PERKARA INI DI ADUKAN KEPADA PEMBERI PINGAT DATO TERSEBUT, tetapi ia tidak dilakukan oleh ATM sebagai nak menjaga moral/maruah beliau. Ini boleh dirujuk dgn JRP Mindef. Sebab itu ia begitu marah dgn ATM dan Kerajaan .

    ReplyDelete