Pages

Friday, April 26, 2013

DATO MOHD KUSAIRI HJ ABD TALIB

N58.Slim River,Sengaja AP paparkan nama Dato Kusairi itu sebagai tajuk artikel AP kali ini.Dan tentulah ada sebab mengapa AP mahu bicarakan tentang nama itu diposting ini.

Ada masaalahkah nama itu?

Tidak,tidak..Sebenarnya nama itu salah seorang yang AP kagum keperibadiannya.Dan mahu saja AP kongsikan pengalaman AP bersamanya buat pembaca serta penduduk penduduk Slim River,pertamanya agar mereka kenal (yang sememangnya kenal dengan beliau) bagaimana sifat Dato Kusairi itu diluar Slim River.

Secara peribadi,DATO KUSAIRI,DATO SHAMSUDDIN,dan DATO ZAINOL trio ini merupakan PEMIMPIN PILIHAN buat AP,

Mengapa?

Sebab ketiga tiga mereka ini telah AP "USIK" tanpa mereka sedar yang AP ini seorang penulis Blog,kata orang..."GURAU KASAR".

Yang pertama,Reaksi mereka.
Dato Shamsuddin dan Dato Zainol kita bicara lain..

LOKASI GURAU KASAR AP PADA DATO KUSAIRI
KEDAI MAMAK SALIM depan sekolah Tarsician,Ipoh

(peristiwa Nizar dan Zambry suatu ketika dulu.AP sengaja kecohkan meja sebab tahu sebelah meja AP dia tengah minum teh bersama seorang pemuda..pemuda UMNO barangkali)

"UMNO main kotor!! Merampas hak rakyat!! Zalim pada Nizar!! "Dan banyak lagilah kata kata yang boleh menyebabkan hilang sabar bagi orang UMNO kalau mendengarnya..
Memang nak bagi dia dengar dan memang nak bagi pemuda baju Putih UMNO itu panas..

Memang dia respon.. Pemuda UMNO berbadan gempal itu muka sudah kemerahan..tapi Dato Kusairi senyum,

Dia bagi salam,Lalu dia kata dia bukanlah nak menambah marah marah AP pasal Zambry dan Nizar..cumanya dia nak jelaskan supaya tak berlaku silap faham...

AP balas "memanglah..Dato Orang UMNO mestilah Dato pertahankan Zambry.."

"Bukan.,.bukan,Saya sebenarnya menjelaskan supaya adik terus mempertahankan tindakan Nizar Jamaluddin..."

Terkejutkan?..samalah reaksi AP.. Dia sambung...

"adik tahukan Nizar memfailkan kes sahih tidaknya MB Perak ke mahkamah.."

"tahu"...AP balas.

"Nizar mahu mahkamah tentukan sah atau tidaknya Zambry sebagai Menteri Besar.Dan Mahkamah telah juga membuat keputusan"... katanya.

"Jadi,saya,adik,kawan adik sepatutnya setuju atau tidak.. tindakan Nizar mencari kebenaran melalui mahkamah?"

"Setuju sangat!" (yang ini rakan meja AP yang sahut)

"Jadi, keputusan yang dicari oleh Nizar Jamaluddin melalui mahkamah telah menyatakan Zambry Abdul Kadir sah sebagai Menteri Besar Perak....tidakkah ini yang dituntut benar atau tidaknya oleh Nizar?..."
"Ermm"... AP angguk.

"tidakkah adik,saya,kawan adik dan sepatutnya seluruh rakyat Perak menyokong tindakan Nizar memcari kebenaran dan ketika kebenaran telah diberikan kepada kita...kita patut pertahankan kebenaran itu"...(panjang lagi penerangannya..)

Itulah sebahagian tindakan Dato Kusairi bila berhadapan dengan rakyat,bagi penjelasan,tak melatah dan tenang,menjawab provokasi.Tidak juga menyalah Pembangkang.

Tabik spring kat kanda!kalau terbaca posting ini..nanti nanti boleh belanja nescafe lagi.

Ramai kawan AP mahukan Dato Kusairi ini menjadi pemimpin penting di Perak...Memahami Aspirasi orang muda.mungkin Dato ingat satu lagi peristiwa dimana ada kumpulan yang sangat mahukan Dato menjadi pemimpin dan kumpulan itu bukanlah dari Kawasan Dato..

TAHNIAH ORANG SLIM RIVER...PEMIMPIN ANDA INI SEMEMANG LAYAK MEWAKILI RAKYAT DI SLIM RIVER.



No comments:

Post a Comment