Pages

Friday, June 29, 2018

RAKYAT DITOYOLKAN


UMNO memperlihatkan bagaimana demokrasi berlansung dari akar umbi hingga kepaling tertinggi pucuk pimpinan. Pemilihan juga lebih telus bila kurap dan kayap mula berhijrah kekulit baru. Nyata kita boleh melihat kuasa wang ringgit sudah tiada tempat dalam pemilihan yg sudah terbuka luas utk semua.

Badan baru bagai tidak utuh bertahan makin goyah atas tampungan dua spesis yg melekap maut. Bukan menguatkan malah merosakan segala urat besar diseluruh tubuh. Rakyat tidak sebodoh lembu yg diikat, malah rasanya sudah memikirkan kehadapan negara bakal merundum jauh kebawah lubuk malah sudah boleh menerima musim baru bakal menjelma, sudah menanam semangat mengharungi Musim INFLASI dan zaman negara FAKIR yg bakal akan tiba akibat akibat kemusnahan demi kemusnahan yg dilaksanakan.

Pemerintah masih dengan agenda utama MENCARI SALAH yg sdh pun berbulan masih belum diketemui sebaliknya mereka skrip baru setiap kali gagal dengan jalan cerita atau story line sekalipun TAJUK drama sudah pun Siap meyakinkan sebelum produksi bermula. Dalam drama NGERI ini adalah usaha utk penonton takut dan boleh menambah keyakinan diri MITOS sebenarnya Sejarah. Siap slogan iringan seperti JOM UBAH oleh Produser atau Taukeh gelaran orang desa. Ditambah rasanya dgn ayat pendek supaya tidak menyalahkan mereka kembali iaitu HARAPAN.

Bagaimana pun mereka sangka cerdiknya mereka melebihi Tuhan dalam mencaturkan kharma. Tanpa sedar ketakutan ini juga dilihat oleh mereka yg mrmbantu negara dalam sudut pelaburan. Drama begini biasa bagi mereka malah analisis awal-awal lagi dibuat sebelum Negara di Kera Jaan baru. To stay safe better look for New Home. Maka bermulalah pedagang jadikan badui dan menarik serta berpindah tempat niaga yg lebih baik dan banyak pilihan.

Kejatuhan bursa, matawang, ekonomi merundum, janji yg real dicapatikan dan barisan opera ber MAKE UP tebal warna warni gagal membuat rakyat meyeringgai hingga kepipi malah tukang cuci panggung pula yg merunggut kerana muntah yg bertaburan sana sini. Negara bukan lagi auta bakal jadi peminta sedekah malah bakal menjadi sejarah paling lama main opera. Tapi bagi mereka drama carca ini sungguh berkesan sehingga hari ini diteruskan dgn tajuk lama.

Kononnya mencari harta karun 2.6b sebaliknya hari demi hari kita hilang harta dan prlaburan, 6.1b duit rakyat ranap dlm simpanan dan kita tambahkan keuntungan projek besar kroni berpuluh billion menambahkan lagi kerugian yg sedia ada. Seronok kroni bila wayang konon nak dihapuskan dilaksanakan kembali siap tambah lagi bayaran. Kalau ada pun sikit-sikitlah sebagai ganjaran yg tentunya tidak dikategorikan sebagai rasuah pun. Kita kan kera jaan bukan hadis atau nas setakat aturan diubah utk menghalalkan bukan payah sangat.

Gambaran buruk dan menDOKTRINkan pemikiran rakyat betapa UMNO itu haram perlu dilaksanakan. Rakyat ibarat toyol bila datang mahu kerumah mereka akan diberikan kacang hijau supaya leka bermain didepan pintu sehinggalah azan subuh berkumandang akan pulang kerumah. Begitulah aktiviti harian yg dicaturkan mereka.

Rakyat sudah bijak menilai, sebenarnya semua cerita sudah tersimpan dalam poket.Tun Dan PH sibuk mahu haramkan Parti UMNO yg bukan lagi Kerajaan tetapi realitinya Parti PBBM beliau yg hanya ada 13 kerusi dominan memerintah negara walaupun terlakar dalam sejarah dunia rakyat tertipu bilamana sinonim dgn israel negara kecil tetapi memimpin kuasa dunia. Manakan tidak parti paling kecil boleh jafi pemerintah negara, malah parti yg belum didaftarkan lagi sekadar menumpang abang besar yg menjadi pemimpin utama negara.

Sepatutnya daftarlah dahulu partai yg dibanggakan spya keluar dari ketegori Haram atau menumpang. Jangan sibuk soal parti lain yg bermesyuarat tapi laksanakanlah mesyuarat parti sendiri dahulu. Besar ilmu pukau yg digunakan sehingga tuan rumah pun terjual oleh mereka.
Jangan sampai negara hancur baru mahu menilik kamus mencari maksud ayat BERUBAH SEBELUM TERLAMBAT!

SELAMAT BERSIDANG RAKYAT PEJUANG!

⊙+@|<  |<@N@N 

No comments:

Post a Comment