Pages

Friday, June 1, 2018

MENTERI KEWANGAN NEGARA TAK CERDIK BIAKAN BARAH


STATUS TGH MLM : MENTERI KEWANGAN TAK BIJAK?
Untuk memperlihatkan kepada pengundi bahawa negara sdg muflis berhutang seolah satu-satu Negara yg paling dengkel didunia tidak sebijak dia utk pengurusan kewangan Negara sebaliknya dgn sifat sebati menghasut ada dalam dirinya, maka isu sekejap 1 trilion dan sekejap 686 j ditimbulkan dgn strategi menenangkan pengundi.

Mana tidaknya? Semuannya sebagai perancangan sulit bagi membolehkan pengundi senyap dengam semua janji yg telah ditaburkan semasa menipu berkempen di PRU lepas, dengan HARAPAN rakyat percaya dan akur kononnya negara diambang kejatuhan dan bakal miskin maka semua janji akan diRedho dan blh dilupakan begitu sahaja.

Sebaliknya, seperti yg kami katakan mmg Menteri yg tidak cukup bijak meneruskan lagak berjalan 'dabik dada dan lompat gagak' ini hanya memikirkan kesan mendalam jika helah ini berjaya diselami rakyat tanpa mengetahui kesan yg lebih besar mendatang. Cubaan spin akhirnya menjadi lebih parah  tetap bukan kepada rakyat sebaliknya dunia luar........ malah ianya merupakan musibah tanpa rakyat sedar dalam kalut mengalut masih persoalkan ttg tuntutan janji.

Bagi mereka yg mmg teliti dlm soal politik tentunya menyedari bagaimana pelaburan di Negara jatuh semakin menjunam. Menjadi satu usaha lain pula selepas ini bagaimana utk stabilkan kembali pelaburan dari luar, ini kerja sukar dan masanya bukan sekelip mata utk dikembalikan kegemilangan yg telah dimusnahkan. Setiap hari pelabur mula keluar dgn menaruh cemas kerana negara dilihat semakin kelam kabut, malah polisi yg mengaburi mata pengundi amat diragui, manakan tidak projek gergasi dibatalkan seolah tiada lagi kekukuhan margin negara, ribuan dibuang kerja, cukai SST dikembalikan kepada pelabur, poltik yg tidak stabil, Kementerian masih kucar kacir, negara yg memperlihatkan kebakhilan dgn rakyat malah sdg mengemis duit rakyat manakala pemimpin mereka yg kaya raya dan berstatus billionair dgn segala kemewahan.

Apatah lagi sdg mencari ihsan dimasa yg sama pembaziran tetap dilaksanakan oleh pemimpin lain dgn sewenang-wenangnya. Kejatuhan Ringgit tidak diambil kira pentingnya sepertimana usaha tekun dan teliti sebagaiman babak membalas dendam. Pelabur sebenarnya pakar dan arif serta teliti utk memulakan pelaburan, bukan soal kemudahan serta kelebihan yg jadi kajian sebaliknya suasana politik yg membangun serta kematangan pemerintah adalah jaminan paling diutamakan.

Soal Menteri yg merasa bijak hanyalah pada diri dan sanjungan paryi sahaja, sebaliknya kerajaan yg lebih separuh zaman berpengalaman diperlekeh dan dipersendakan. Dalam angkuh sebenarnya rakyat sdh pandai melihat kebodohan dari wajah yg nampak macam cerdik. Kalau betulah dia cerdik dengan halusnya hasutan yg  tanpa disedari hakikatnya mana mungkin dirinya gagal menutup pembaziran ratusan juta ringgit pembaziran wang rakyat hanya kerana membayar kpd tukang jahit hanya diatas kertas kononnya menggali trowong yg kini sudah pun naik kelangit sebagai dewa angan-angan, bukan itu sahaja kisah banglo misteri pun belum tertutup dan terjawab malah hasad mula dibaca oleh rakyat bila semuanya gugur dan dilepaskan begitu sahaja ' as you are not guilty' selepas menjadi kerajaan yg boleh berkuasa menghalakan dan punya Veto pengampunan dunia

Cuba fikirkan sejenak..... soal tabung dan isu tuntutan janji, bolehkah diselesaikan dalam 100 hari? Rasanya sepenggal pun mungkin tidak tettunai. Jadi vuba bayangkan sejauh mana menjunamnya pelaburan luar dan ekonomi negara bakal dihadapi. Semuanya kerana Menteri kewangan yg terasa dia cerdik spt Sang Kancil yg hendak menyeberangi sungai yg dpenuhi puluhan buaya hanya kerana berfikir utk mendapatkan buah cili yg sedang ranum kemerahan diseberang yg dia rasakan seenak rasa strawberry.

1 comment:

  1. Mathir akan bawak masuk geng dia ler.. apa lagi..
    Langkawi dah dpt 1..
    Mathir mmg jahat... memperjudikan negara..
    Declare hutang tinggi semata2 nk tutup kelemahan dan janji yg tak mungkin diaorg tunaikan..
    Mensucikan rasuah secara teranng dgn buat tabung derma negara..?

    ReplyDelete