Pages

Thursday, May 29, 2014

TELUK INTAN DILIMPAH SURAM

Petang ini AP bersama rakan Blogger Pct,santai merenung titis hujan yang kian jarak menghampiri renyai,
M.Ghulam Rasul seperti kebiasaannya masih lagi penuh dikunjung manusia.Sambalnya memikat.
Blogger sekupangdua hela lega,sebab dipujuknya menulis,AP menulis..

Ya Kami di Teluk Intan,membantu calon Barisan Nasional Dato Mah Siew Keong untuk memenangi Kerusi Parlimen 076 Teluk Intan.
lawan calon Barisan Nasional itu datangnya dari Parti DAP,ya betul regu utama PKR dan PAS,

Tinggalkan seketika segala macam politik dan fahaman,

Berdua kami sebenarnya mengeluh kerana tidak dapat ke Istana Chandan petang ini,menyertai ribuan jelata rakyat untuk memberikan penghormatan terakhir buat Pemerintah Sultan Perak Almarhum Sultan Azlan shah.
Mungkin lebihnya sekupang berfikir sebab kebajikan blogers lain turut serta mengambil tempat dalam kotak akalnya.

AP merenung langit Teluk Intan,memandang bumi Teluk Intan,turut bersedih.

Namun semua itu terhenti apabila dikejutkan dengan bual sembang pemuda disebelah meja ini.

"Abang aku taknak balik la mengundi ni...kuat cinanya siDyana anak kak Yammy tu"...
Budak muda berbaju merah berlambangkan muka calon DAP Teluk Intan itu berkata.

Ada banyak juga bual bicara mereka yang AP dengar,demi Menghormati Perginya Almarhum Baginda Sultan.Biarlah yang utama sahaja AP paparkan.


Buat pengetahuan pembaca MAJORITI PENYOKONG PAS TELUK INTAN MEMBOIKOT CALON DAP ITU.


BUAT CALON BARISAN NASIONAL,DATO MAH SIEW KEONG YANG KINI BERADA DI ISTANA CHANDAN BERSAMA RIBUAN RAKYAT YANG LAIN,TAHNIAH KERANA MENGHORMATI ISTITUSI RAJA RAJA MELAYU.


DATO MAH SIEW KEONG BERSAMA SAMA KEPIMPINAN NEGARA DI ISTANA CHANDAN.KUALA KANGSAR.



No comments:

Post a Comment