Pages

Tuesday, April 16, 2013

SAAT GETIR NIK AZIZ DAN HAJI HADI

Kita sama sekali tidak salahkan Haji Hadi dalam perkara ini. Kita juga tahu yang Haji Hadi serta Nik Aziz pening untuk memikirkan masalah ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Haji Hadi dan Nik Aziz menghadapi saat yang getir ini.

Begitulah ujian Allah buat mereka,
Sebahagian kupasan ikhlas dari rakan bloger AP.

Blogger Tokguru86 sebenarnya membicarakan realiti kecelakaan yang bakal berlaku dalam kepimpinan PAS,lebih menarik andai rakan pembaca berlapang dada,bernafas tenang dan membuat latihtubi minda sedikit.
Ajari minda anda di  SINI 

Tidak dinafikan selepas ini akan ada pendokong dan penyokong bangkit melulu dan ber sembrono mempertahankan Pemimpin pemimpin PAS YANG TERBUKA AIBNYA ITU.
(benarkah Ada lagi klip membabitkan pemimpin"zuhud" Parti PAS yang di "JADUALSIARKAN" oleh Parti cauvanis?)
Andai ada lagi TERBUKA AIB pemimpin PAS  selepas ini,fahamlah AP betapa tertinggalnya PAS dalam kestrategian kelompok elit Pakatan Rakyat.
Kesamaan yang berlaku kepada PARTI UMNO sepanjang  tempoh 10 tahun kebelakangan ini.Tertinggal dari segi kestrategian.

Itulah kekeliruan yang AP tegaskan sebelum ini.Kebanyakan pendokong dan penyokong Parti PAS khususnya amat dilihat tertekan dengan realiti "keadaan masa kini" Parti harapan mereka itu.
Agar tidak disia siakan teriakan Takbir!!!, baik di stadium,dijalanan didataran,di tempat tempat ceramah. Mereka kehadapan mempertahankan  dalam soal RENDAH MORAL PEMIMPIN PAS  dengan MENAFIKAN SEGALA YANG BENAR.

keliru yang dialami penyokong dari Parti PAS bukan isu remeh yang patut kita ambil mudah dan buangkan pada akal ruang fikir kita.
Kerana kita juga dilihat terkadang hampir terjebak dengan strategi halus,menyahut apa saja isu yang dilemparkan kepada kita.

Apapun AP mendoakan pemimpin pemimpin PAS bermuhasabah diri,selamat pilihanraya.




No comments:

Post a Comment