Pages

Tuesday, July 31, 2012

KISAH RAMDHAN 10 (PAS dan ISLAM)

Budak itu dari meronta ronta kecil kini sudah ketahap *nyelap.(*kata orang Perak)meraung raung.Bukan main lagi kehendaknya andai tidak dipenuhi.
Jelaslah apapun,pujuklah cara mana pun namun tetap juga tak berganjak kehendaknya.

"Anak sapa la budak ni"...AP panculkan dari mulut sendiri,bukan itu saja...,,
Kecil,besar,kecil besar fokus mata ini memandangnya.
Meluat,geram dan segala macam perasaan sudah bersarang dalam hati ini.
Rasa nak jentik seliang,piat perut,jerkah,...apa lagi yer,yang sewaktu dengan semua tu..

Kini yang selalu terpacul dimulut AP ; Parti Islam apa la diorang ni...
 Tanyakan Perasaan AP?.. Sudah tentunya setingkat lebih tinggi dari perasaan diatas.Fokus mata...(jawapan dibawah)
Perenggan akhir nanti mungkin terumus persamaan mengapa terpaculnya kata kata di dua perenggan itu terkeluar dari mulut AP,

Kita sambung,
Bukanlah sengaja insan yang paling kami kasih itu lupakan dia,atau dibiarkan tidur bergelimpangan sahaja.
Tahu ke budak itu,seawal mana insan yang paling kami kasih itu bangun... semata untuk menyiapkan juadah sahur kami sekeluarga. Selepas itu pula memastikan dapur kembali tenang dari periuk,pinggan kuali.tahuke
Sudah tentunya jauh dari tahu,jauh sangat.
Mengapa?... 
"Berpuasa kita kena mula dari subuh adik,sekarang sudah lepas waktu subuh,"..
"esokla adik puasa yer"..
"Dah Adzan subuh dik..tak boleh makan dah"...
"ayam tu tak masak lagi dik,keras dalam peti ais"..
"adik baik,dengar cakap mak kan"...
"dekat pukul tujuh dah dik"...

Dan segala macam lagi pujuk mak untuk adik,(kalau AP masa usia adik,mak cakap sekali je AP angguk faham.)
"Cehh,baru darjah satu adik ni,dah macam macam bertambah manjanya" ; iye mulut AP jugak..

Demi sayang mak,demi kasihnya mak buat adik,mak jerangkan air,mak rebuskan ayam keras mentah dalam peti ais itu,untuk memastikan cepat masak ayam itu,kemudian memanaskan kuali untuk menggoreng pula.segalanya berganda buat mak hari itu,semata nak memuaskan nafsu adik berdarjah satu,yang riaknya bercerita seluruh sekolah dia tidak pernah tinggal puasa.

Adik dapat ayam goreng nan seketul, hari itu.
Tepat jam 7.10pagi,setelah berhempas pulasnya mak didapur,
Adik dapat cerita lagi satu sekolah yang dia puasa tak tinggal.
Kesian mak.
AP dan adik beradik lain dah sepakat la memastikan berbuka puasa nanti,adik duduk kat penjuru(tempat kalau tak puasa) namun...
Mak jualah benteng pertahanan adik masa berbuka itu.
Adik dapat juga berbuka bersama kami.
Sekadar hiasan.
Perenggan akhir
Korang nampak persamaan perangai adik AP dengan Parti islam itu.. Nampakkan..
Demi nafsu kepada kuasa,demi ego atas jenama parti,apa saja kehendaknya wajib dipenuhi,Tidak boleh langsung menerima teguran, bahan jajaan seluruh negara ; mereka lebih islam dari parti lain,yang lain plastik,tak sampai ke syurga dan berbagai lagi yang menyebabkan "kecil besar,kecil besar jeling mata ini"
Kesemua kehendak mereka dipenuhi oleh kerajaan,walau kesan untuk memenuhi kehendak mereka itu merisikokan keseluruhan "keluarga".

No comments:

Post a Comment