Pages

Wednesday, March 7, 2012

KE"BASAH"AN

Titis titis hujan perlahan lahan menyusur celah gelegar penahan kerangka rumah pusaka ini.Langit sudah kepenghujung muntahannya.Tapi yang baru bermula lagi gempar berbanding awan gelap tua tadi memulakan raungannya..basah,sejuk bedi menggigit tetulang sendi

Hermmm..puitis kritis nampaknya AP,hehehe..namun bukan puisi atau bait bahasa indah yang nak disajikan untuk posting kali ini,
Sebenarnya posting kali ini AP nak kongsikan sedikit kesengsaraan yang dilalui mangsa mangsa banjir.Info yang baru disampaikan kepada AP sebentar tadi,Kampung Manjoi iaitu Perkampungan Melayu terbesar di negara ini dilanda banjir lagi.Terima kasih Facebookers PCT atas info.


Cuma tika kesusahan seperti ini yang AP selalu kenangkan ialah bantuan dan pertolongan yang akan dihulurkan.... Siapa biasanya?
Jawapan kepada persoalan itu juga telah ada




Mahu atau tidak,berlainan parti atau berbeza aqidah atau berlainan adat sekalipun.Mereka mereka ini akan tetap turun.merasai sendiri kejerihan mangsa,memaksimakan sebanyak mungkin bantuan agar beban yang tertimpa kepada merasai musibah banjir dapat dikurang.Begitulah sifat sifat yang harus ada apabila diri diangkat menjadi pemimpin.

Pemimpin dari sebelah "sana" bagaimana?... Haruslah mereka juga ingat,mereka juga pemimpin,telah banyak karung karung Jihad terisi dari rakyat,dari mereka mereka yang simpati kepada perjuangan BARU mereka.yang terkesima dengan pautan bahu kebahu PEMIMPIN ULTRA KIASU,LIBERAL DAN ADDIN dalam memperjuangkan nasib rakyat....

Kenyataan yang kita sama sama fikirkan... Alangkah baiknya andai karung karung derma jihad yang dilancarkan pada saban malam dipentas ceramah Pakatan Rakyat dapat diagihkan sedikit pada insan insan yang ditimpa musibah.Itupun jihad sebenarnya,
Apabila kita tanya kepada Pendokong PR,tentulah mereka akan berkata "mereka itu kerajaan..memang tanggungjawab mereka untuk membantu"

Untuk mereka mereka itu,politik bukan terletak hanya pada IDEALOGI semata mata...KEMANUSIAN jua terisi dalam berpolitik itu,

Kepada Kerajaan Negeri Perak dan Agensi terlibat,terima kasih kerana peka akan kepentingan KEMANUSIAN.....
HITAM ATAU PUTIHNYA SESEORANG INSAN ITU TIDAK DIPANDANG OLEH PENCIPTANYA...... YANG DIPANDANG OLEHNYA....KEIMANAN.

No comments:

Post a Comment