Pages

Friday, October 26, 2018

MENTERI KEWANGAN KERLIN THONG NEGARA MAIN HANTAM


Apalah nasib Malaysia...
Ada Menteri yg hanya pandai kelentong...

Dari facebook *Najib Razak*

Nampaknya, Menteri Kewangan Lim Guan Eng masih tak berpuas hati dengan jawapan-jawapan dan penelitian saya tentang hal-ehwal ekonomi negara.

Oleh itu, saya kemukakan 17 soalan untuk bantu beliau dan orang awam memahami fakta dan kebenaran mengapa beliau tiba-tiba mahu menuding jari kepada saya.

1. Adakah benar kerajaan hilang RM30 bilion atau lebih bagi pendapatan tahun ini berikutan sifar GST selama 3 bulan serta pengenalan semula subsidi menyeluruh selepas PRU14?

2. Adakah benar tuntutan cukai input GST melonjak selepas GST disifarkan pada Jun 2018?

3. Adakah benar Malaysa adalah satu-satunya negara dalam sejarah dunia yang menghapuskan GST dan kembali kepada SST, pada ketika lebih banyak negara beralih kepada GST bagi meningkatkan daya saing negara mereka?

Adakah benar juga bahawa ada barang yang naik harga selepas SST dilaksanakan?

4. Adakah benar harga petrol di Malaysia pada masa ini adalah lebih rendah dari Arab Saudi yang mengeluarkan 20 kali ganda minyak sehari berbanding Malaysia dan lebih rendah dari negara Teluk?

5. Adakah benar sejak PRU14, pelaburan terus asing (FDI) bagi suku kedua 2018 jatuh kepada RM2.84 bilion (iaitu pelaburan paling rendah sejak 2008) daripada RM11.98 bilion berbanding suku pertama dan RM8.66 bilion bagi tahun sebelumnya, pertumbuhan KDNK pada 4.5 peratus bagi suku kedua 2018 adalah di bawah unjuran, Ringgit menyusut sebanyak 30 sen berbanding Dolar Amerika, berpuluh bilion Ringgit pelaburan saham dan modal keluar dari Malaysia manakala Rizab Antarabangsa BNM menyusut dari US$110 bilion setiap bulan kepada US$103.9 bilion sehingga 15 September 2018.

6. Adakah benar tekanan utama terhadap kewangan negara tahun depan ialah kehilangan pendapatan RM40 bilion setahun berikutan penghapusan GST dan peningkatan subsidi pukal?

7. Adakah benar pembatalan dan penangguhan pelbagai projek turut menyebabkan kehilangan pekerjaan baru dan sedia ada selain penyusutan pertumbuhan ekonomi menyebabkan ahli ekonomi menjangkakan negara akan terjerumus ke dalam kemelesetan tidak lama lagi?

8. Adakah benar disebalik dakwaan Pakatan Malaysia akan bankrap selama 10 tahun sebelum ini dan kononnya kerajaan terdahulu tak pandai mengurus ekonomi, BN secara konsisten berjaya mengurangkan defisit bajet setiap tahun, meningkatkan BR1M, meningkatkan gaji kakitangan awam dan gaji minimum serta mengekalkan pertumbuhan KDNK antara tertinggi di dunia termasuk mengatasi Singapura sejak 2011 manakala eksport meningkat setiap tahun?

Adakah sebab inilah mengapa Guan Eng pada minggu lalu berkata ekonomi Malaysia masih kukuh dengan menyatakan 8 faktor kepada kenyataan itu.

9. Adakah benar dengan menyalahkan saya dan kerajaan lalu adalah alasan paling mudah untuk digunakan sebagai ‘keputusan sukar’ bagi bajet akan datang di mana dijangkakan bantuan untuk rakyat akan dihentikan, pinjaman kerajaan akan meningkat dan unjuran pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah biarpun ia sebenarnya adalah akibat polisi, perancangan teruk dan salahtadbir anda sendiri yang menjadi penyebabnya?

10. Adakah benar, sebagaimana pernah saya jelaskan dua kali sebelum ini, adalah mustahil wang disatukan kerajaaan hanya berbaki RM450 juta pada hujung April 2018 kerana sentiasa terdapat "buffer" dua bulan sebagai penampan bayaran gaji dan pencen sekitar RM8 bilion sebulan dan saya pernah tanya dua kali kepada Guan Eng untuk beri jawapan pada jadual di bawah untuk tunjukkan kepada rakyat bagaimana ia berlaku namun tidak pernah dijawab?

11. Adakah benar jika dakwaan anda benar sekalipun kononnya ia hanya berbaki RM450 juta pada hujung April 2018, anda mempunyai akses kepada akaun kerajaan dan dengan mudah untuk mendapatkan jawapan ke mana wang itu dibelanjakan? Kenapa tanya saya pula?

12. Adakah benar disebalik anda mendakwa lebih 1.5 juta orang akan terkesan dari tuntutan LHDN yang tidak dikembalikan, tiada seorang pun Ahli Parlimen Pakatan pernah menyuarakan isu ini sepanjang 10 tahun lalu dan tak pernah menjadi masalah namun tiba-tiba ia menjadi masalah?

13. Adakah benar, anda hanya mengetahui kononnya terdapat kelompongan RM35 bilion bagi tuntutan GST dan LHDN selepas 3 bulan anda menjadi menteri kewangan dan secara kebetulan selepas anda mengetahui terdapat lonjakan tinggi bagi tuntutan input GST selepas GST sifar pada Jun 2018.

14. Adakah benar, saya sudah bertanya berulangkali kepada anda untuk memulakan RCI terhadap ‘kehilangan RM35 bilion’ ini berikutan jumlahnya yang besar namun anda tidak berani beri jawapan?

15. Adakah benar liabiliti kontijensi dilaporkan secara telus setiap tahun termasuk dibawah akaun BNM dan ia sekaligus buktikan bahawa kerajaan lalu tak pernah sembunyikan sebarang hutang atau liabiliti kontijensi?

16. Jika benar hutang negara adalah RM1 trilion sebagaimana dakwaan anda dan kita berada di pinggir krisis kewangan, mengapa kesemua agensi penarafan kewangan antarabangsa, IMF dan Bank Dunia berikan kita penarafan A?

Bolehlah Guan Eng menyatakan secara terbuka bahawa agensi penarafan kewangan antarabangsa itu semua serta IMF dan Bank Dunia tidak kompeten atau bersengkongkol dengan kerajaan lalu untuk menipu dunia?

17. Guan Eng juga menyebut dalam kenyataannya hari ini bahawa tiada kaitan antara harga minyak dan nilai Ringgit disebalik pelbagai kajian dan analisa menyatakan sebaliknya. Mungkin Guan Eng terlalu malas untuk membaca, mungkin dia boleh rujuk kepada carta di bawah (saya lukis kerana mungkin dia malas baca)?

Guan Eng juga boleh baca tentang kaitan nilai Ringgit dengan harga minyak dunia di sini:
https://www.commoditytrademantra.com/crude-oil-trading/is-there-a-relationship-between-the-malaysian-ringgit-crude-oil-prices/

ataupun dari The Edge bulan Julai di sini:
http://www.theedgemarkets.com/article/state-nation-factors-move-ringgit

Banyak lagi rujukkan boleh dicari jika Guan Eng benar-benar mahu menambah pengetahuan beliau mengenai hubungan nilai Ringgit dengan harga minyak.

Saya tahu Guan Eng tidak akan berani atau jujur untuk menjawab semua soalan-soalan di atas ini tetapi saya tetap mahu kemukakan agar rakyat faham. (Selepas ini, saya jangka Kit Siang akan mengeluarkan lagi banyak kenyataan akhbar untuk marah saya)

Tidak dapat dinafikan bahawa Guan Eng adalah ahli politik yang berbakat, terutama dalam memutarbelit dan gemar menyalahkan orang lain dalam menyakinkan penyokongnya, tetapi ini adalah ekonomi sebenar yang berlandaskan kepada fakta angka sebenar dan akan memberi kesan kepada kehidupan 31 juta rakyat Malaysia selain masa depan negara ini.

Tiada sekelumit putarbelit pun akan membantu anda jika pengurusan serta polisi anda teruk.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10155606377225952&id=157851205951

Monday, October 22, 2018

KERUSI DAN NANTI KERANDA TERBANG DALAM PKR!


Jangan tunggu lama-lama, nanti tak merasa...?
Semua kekecohan pemilihan PKR kalau dilihat berlaku di Kedah dan Selangor,
Scene throwing Rumble hanya berlaku di negeri Tun Azmin, apa maksudnya tuh?
Kenapa sebagai peminjam parti PKR spt Tun dan Komrad LGE tak nasihat atau leraikan segala permasalahan yg berlaku? Bukankah ianya baik dari melihat perpecahan mula berlaku.

Atau emang hati perut dah macam tu, atau mata dan telinga sudah tak beraoa baik kesannya kurang Alert dgn kejadian begini, atau tujuan ke UK dan US lebih penting, atau memang kesinambungan budaya PKR begitu..... atau memang dah tau atau memang itu yg dalam list....

Lalala... kesal dan kesal engkau akhirnya, bila bunga tu merayu orang......
Ok lah nak kalokay lagu ni jap....

@ Ot@k K@n@n

Wednesday, October 17, 2018

TUN TERUS BERBOHONG PADA RAKYAT!


KENAPA TUN DAN PH TERUS BOHONGI RAKYAT ?
Kenapa dgn jelas Tun bohongi Rakyat kononnya Bank Negara Hilang lebih banyak Duit dizaman Najib? Dulu mgkin Rakyat dibodohkan saja tetapi sekarang Rakyat sdh belajar dari pelbagai penipuan oleh Tun dan PH yg didalangi tok dalangnya Uncle Lim sebagai tok pekong dalam Opera Bangsawan,

Pelik juga bila ayat dikeluarkan siap sentuh nama Najib, tapi itu dululah, sekarang Rakyat sdh tahu bagaimana busuknya hati dan dendam beliau sebagaimana Anuar diperlakukan sebelum ini, kali ini misi Tun lagi besar dan jauh.... bukan sekadar fotnah dan tumbangkan UMNO sebaliknya membunuh ketokohan pemimpin dgn pelbagai fitnah dan dendam spya mereka dipenjarakan dgn keupayaan sekutunya disemua sektor kekuatan menteri yg telah diaturkannya termasuk pihak ketua peguam, penguatkuasa malah kemenyerian supaya dakwaan blh dibuat sesuka hatinya yg kini jelas KEADILAN sebenarnya sudah terhapus dinegara kita. Yang terlibat rasuah bebas jika menyokong sebaliknya yg tidak akan diaibkan dan dihukum dgn fitnah Rasuah termasuk DS Najib yg diheret hingga kini dgn dakwaan kosong malah memalukan kerana pendakwaan gagal hanya kerana kertas pertuduhan belum siap dan paling lucu printer rosak sebagai Alasan

Lebih jelas lagi segala dakwaan kartun Tun n the geng semuanya akan diberatkan dgn jaminan jutaan ringgit walaupun pertuduhan masih belum siap atau ada? Betapa busuknya perut dan hati yg pernah kita jumpa diabad kini di akhir zaman seperti yg dinyatakan tanda-tanda akhir zaman dalam Islam.

Rakyat bukan bodoh, malah realitinya tidak lagi tersorok spt sblm ini, pergilah kemana warung atau kedai kopi dan dengarlah mereka mula menilai segala tindak tanduk Tun, menteri dam kera jaan PH yg ada. Rakyat cukup sedar betapa negara, Agama dan bangsa sdg dimusnahkan oleh pemerintah kejam seolah dibayangkan oleh Arwah Tan Sri P Ramlee bila 6 Jahanam berkuasa, dengan slogan INI KITA PUNYA seolah membawa pengertian masa utk samun kekayaan rakyat yg mana ada dan selagi ada, undang-undang sdh ditangan mereka.



(Laporan Bank Negara 2017)

Malah Rakyat sudah bijak berfikir... kenapa Tun mahu bohongi Rakyat? Nampaknya mereka sdh blh meneka apakah agenda perancangan yg bakal berlaku selain menjatuhkan musuh yg sebenarnya pejuang Abata ada tersulit sasaran lain.

Kenapa Tun menuduh duit negara hilang dizaman najib? Kita dapat meneka apakah sebenarnya yg disasarkan dgn kenyataan yg dibuat :

1. Alasan bagi kegagalan mereka utk memaju dan membangunkan Negara lebih baik dati kerajaan terdahulu atau sebelum PH yg nyata kelemahan pemimpin utamanya Tun dan Menteri-menteri yg terlalu dengkel dan tidak berfungsi cerdik sebagai menteri malah kenyataan atau dasar yg dibuat level budak tadika walaun bergaji puluhan ribu duit rakyat dibazirkan

2. Timbul tanda tanya apakah wang atau rezab serta kekayaan negara kini sudah dilunyaikan oleh mereka? Kehilangan hampir 40 billion dalam tempoh 5 bulan menunjukan tiada sebarang usaha mengukuh atau menambahkan pendapatan negara malah ianya terus mengalir keluar tanpa sebarang aliran masuk. Sehingga kini kita tidak melihat usaha atau petanda pelaburan semakin bertambah, yg bertambah lari, makin banyak adalah..,

3. Apakah kekayaan Negara sudah semakin habis hasil dari tindakan yg rakyat tidak tahu diagihkan dgn pelbagai cara utk kroni atau anak beranak pemimpin termaukmTUN? Yang ini mmg tidak boleh disorokan lagi, cukup jelas terang kita didedahkan dgn pelbagai kenyataan dan pembongkaran malah istilah menyamun paling tepat utk babak seperti ini.

Lagi pun segala simpanan di Petronas, khazanah, Felda, Kementerian nampaknya tidak dilaporkan sehinggalah ianya memberi kesan rangkaian penerima barulah kita sedar duit sudah hilang atau lesap. Bila ditarik balik siapa yg tahu dimana tersimpannya dan siapa pula yg disebaliknya. Kesian Rakyat kini terseksa bila terpaksa menjadi fakir akibat terhasut dgn janji kini dicekik dari rezeki yg sebelum ini mereka dapat mewah dari kerajaan BN dahulu. Iicik dan hebat serta pantas rupanya status penyamun

4. Yang paling menjadi tanda tanya Rakyat. Sudah dapat meneka bila kera jaan Fitnah ini bakal berdepan pembentangan bajet tak lama lagi. 'Mana mua lari' tentunya jika mereka gagal membuktikan keupayaan mereka malah lebih teruk dan buruk walaupun  sudah bercakap besar dan bohong sebelum PRU 14 atau sebelum menjadi kerajaan. Bagaimana mahu dijelaskan apa tah lagi dengan kehilangan rezab atau simpanan negara yg telah hampir zero. Alasan apa yg mereka akan berikan tentang kegagalan mereka dgn pembentangan bajet yg tak jauh mana lagi, betapa berat mulut Tun nak maklumkan kedudukan ekonomi yg hancur dan parah

Jadi bersedia awal dgn memfitnah DS Najib dan Alasan duit sdh hilang sebelum mereka memerintah dgn harapan Rakyat mudah diperbodohkan spya percaya bulat-bulat dgn fitnah mereka, pada hal semuanya sdh lesap disamun mereka.

Bagaimanapun rakyat tak bodo dan blh menilai, bagaimana Tun nak ubah kenyataan Bank Negara yg sudah tercatat terperinci yg dilaporkan sebagai sejarah lapuran ekonomi oleh Bank negara sebelum ini dilaman portal Bank Negara
(Ikuti dan klik LINK dibawah, baca dan faham dgn jelas dan bandingkan betapa TUN sanggup bohong Rakyat) KLIK SINI

@ Ot@k K@n@n
#TakKanNakKenaKENCINGlagi?

Tuesday, October 9, 2018

PH TAK MAMPU ADAKAN PRINTER, MAMPUKAH MEMIMPIN NEGARA?


GAGAL SEDIAKAN DOKUMEN DAKWAAN SEMPURNA. PUN KENA JAMIN BERJUTA-JUTA, APA PUNYA BAGHAL LA...
PH tak lancar TABUNG HARAPAN lagi ka?

GAGAL SERAH DOKUMEN DAKWAAN SABALIKNYA SERAH CD MAKLUMAT YG ROSAK UNTUK PENDAKWAAN.

AYAT YG SESUAI : KEPALA BAPAK KO LA...

4 OKT: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mempunyai keyakinan tinggi untuk mengetepikan empat pertuduhan ke atas Datuk Seri Najib Razak susulan pendakwaan gagal mematuhi Seksyen 51A.

Muhammad Shafee berkata, pendakwaan gagal menyerahkan dokumen sebenar dan hanya diberikan cakera padat (CD) sejak hari pertama pertuduhan dibuat ke atas bekas Perdana Menteri itu.

“Dalam pertuduhan itu, saya dapati terdapat kecacatan serius dan kita mempunyai pembelaan yang kuat kerana ada fakta yang mencurigakan serta pendakwaan tidak mempunyai siasatan lengkap.

“Sejak 8 Ogos lalu, kami hanya diberikan CD dan pihak pendakwaan kata semua dokumen dalam CD tersebut, di mana cara ini tidak betul dalam serahan dokumen.

“Kami sepatutnya diberikan dokumen sebenar, salinan fotokopi pun tiada masalah, kita mesti diberikan dokumen sebenar yang terikat dengan indeks,” katanya pada sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Komen Admin : Sepatutnya KERA jaan TUN DAP dan PH lah sebenarnya Pengubal duit Haram, mana taknya, asik dakwa tak ada kesalahan pun tetapi curi duit dengan jaminan bejuta-juta tuduhan. Dah Sangap sangat ka TUN dan PH ni?

Terdahulu Muhammad Shafee mewakili Najib hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pengurusan kes empat pertuduhan anak guamnya.

Antaranya, tiga pertuduhan pecah amanah skandal SRC International Sdn Bhd dan satu lagi penyalahgunaan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan membabitkan RM42 juta.

Empat pertuduhan berkenaan dibuat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Muhammad Shafee juga mendakwa, CD yang mengandungi dokumen pendakwaan tidak dapat dibuka dan sukar dibaca kerana kebanyakan dokumen berkenaan rosak.

“Bila kami datang balik (pengurusan kes) dan kita buka CD tersebut, kebanyakan dokumen itu rosak, kami tak boleh buka (baca), kami hanya boleh lihat garisan sahaja dan sedikit saja boleh dibaca.

“Paling teruk mereka tidak meletakkan jujukan tertentu yang logik supaya kita boleh ikut apa pendakwaan yang disebutkan ketika prosiding mahkamah,” katanya lagi.

@ Ot@k K@n@n

Monday, October 8, 2018

MUJAHID! LETAK JAWATAN SEBELUM ISLAM HANCUR



MUJAHID YUSOF RAWA.... LETAK JAWATAN
SEBELUM MUSIBAH MENIMPA UMAT ISLAM!

MELAMPAU! JGN ANGKUH DAN KUFUR!
Terpanggil sebagai Umat Islam seharusnya kita WAJIB bangkit dan menentang sesiapa sahaja yg kufur dgn perintah Allah swt, memperlekehkan Hukum Islam, mempersendakan Perintah Allah swt.

Bersengkongkol degan Maksiat, kufur perintah Allah dan segala perlakuan memenangi Kafir dihalalkan maka bersedialah kalau kita tidak menentang perilaku ini dengan Turunnya MUSIBAH Allah swt nanti sebagai peringatan kepada semua yg ingkar kepadanya. Kifayah dan kita kena tentang segala ancaman kepada Akidah umat Islam mahu dihancurkan dan jangan biar ianya terlambat bila kita dihukum,

Masih tidak sedarkah bagaimana Musibah dinegara Jiran yg diperlihatkan, masih tidak takutkah kita dgn Janji Allah swt. Tidak akan lewat seminit maupun sesaat utknya tunaikan hukuman keatas kita. Mujahid Jauh Tersesat dan masih Angkuh kerana merasakan ia layak dan berkuasa.

Apa lagi selepas ini, menyokong LGBT, menyekat hasrat Jemaah Tetamu Allah... kini Maksiat dibebaskan dan diberi hukum sebagai bukan tanggung jawab Kifayah lagi. Apa lagi yg dia mahu Islam dihancurkan. Adakah dia berdiri atas kuasa yg diberikan tanpa merujuk Ulama dalam memberi arahan dan perintah? Jenis amalan apakah yg dibawanya... ?

Sebelum terlambat WAJIB kita bangkit sebagai Umat Islam menentangnya yg terus merosakan Akidah Ummah. MUJAHID tidak layak sebagai MENTERI AGAMA! UNDUR SEGERA... Kamu sedang menghancurkan Islam dan melaknati hukum dan perintah Allah swt. BERTAUBAT dan kembali ke jalan Allah.

@ S@rb@n Tujuh H@st@

FISEBALIK BABAK PRK PORT DIKSON


Kan dah cakap! Jeng, jeng, jenggggg!
Syukurlah sudah nampak jalan keluar Rakyat yg dizalimi, selepas ini jgn segan utk dakwa perasuah yg dibebaskan, sekutu guamnya, Maha Kroni dan tak lupa menteri yg selalu keluar ayat sakitkan hati dan menghukum rakyat sehingga kelubang cacing.

Tak salah dan tak terasa KEJAM, kerana mereka mengajar kita bagaimana Zalim itu adalah bagaimana kuasa sebenar yg ada dgn menipu rakyat digunakan selagi boleh. Jadi tak perlu dicari kerana rakyat akan korek sehingga kelubang cacing yg dimaksudkan tadi.

Uniknya PRK PD sdh muka tunjuk jalan keluar walaupun sebelum ini diperlihatkan bagaimana Gabranya mereka yg mencari sokongan di Sabah dan Sarawak serta memecahbelahkan UMNO spya tidak berdiri sama teguh dgn Kerajaan baru mengantikan kera jaan maha Zalim ketika ini.

Tidak bertanding juga memperlihatkan teka teki spt yg kita jangkakan, it's on the track brader... selian dapat menjimatkan kos lebih kurang 5 juta duit rakyat percayalah kita bakal melihat betapa spt kejadian kinzir disembelih mengelupur kuat... masa itu nanti perasaan yg terinya tidak sekali merasa sayu atau sedih malah amat bersyukur bila penipu yg menguasai kuasa menzalimi rakyat bakal berakhir.

Jangan lekang utk berdoa sebagai Rakyat yg terinya....
Allah maha mendengar dan maha mengetahui, apa sahaja ditakdirkan adalah sebaik-baik tindakan, pasrah dan keinsafan mendalam perlu, jika kita tersalah sekali jangan diulanginkali kedua  moga ianya bertahan selamanya.

Babak apa pula yg akan keluar selepas ini? Cer agak?

@ S@RB@N TUJUH H@ST@
TQ tencent!

IBU GANTI NAJIB BERDOA DI BAITULLAH DAN RAUDAH


KASIH SEORANG IBU,
Meyambung doa anak yg terinaya...

Runtuh hati dan jiwa melihat gambar ini bila seorang Ibu yg uzur dalam usia begini masih berusaha meneruskan niat mengerjakan umrah, kebiasaannya anak jadi peneman sepanjang amal ibadat yg bakal dilaksanakan. Nampaknya tidak kesampaian, sekali pun mendapat undangan istimewa dari kerabat Diraja Arab Saudi menunaikan Haji yg lepas, tetapi Kerajaan PH menghalang dgn menahan pasport dan menegah keluar negara kononnya beliau terlibat dalam jenayah mencuri wang 1MDB yg akhirnya sehingga kini belum didakwa dan terbukti ianya fitnah diatas pembalasan dendam.

Kerajaan Arab nyata terasa tersinggung kerana undangan kepada pemimpin Islam dianggap serong oleh sebuah kerajaan baru yg sebelum ini merupakan fokus negara islam ditimur dalam perhatian dunia Islam.
Sekatan kepada DS Najib tidak berakhir disini malah sebaliknya PM baru pula asyik ke Luar negara, yg peliknya hanya termaktub hasil dua pekara yg boleh dilihat, pertama cubaan berhutang dengan negara luar, kedua pastinya memburukan nama Najib Razak seluruh dunia seolah utk memberitahu pemimpin utama dunia bahawa Najib seorang yg gagal, korupsi, menyebabkan negara mundur dan tidak setanding hebat, jujur, baik dan cerdik sepertinya.

Menjadi kebiasaan pemimpin kerajaan terdahulu kalau dilihat ada beberapa pekara menjadi amalan dan kebiasaan pada mereka yg kini tidak lagi kita akan dengar cerita yg sama dgn kerajaan baru sekarang. Sebelum atau selepas PRU atau semasa Ramadhan Almubarak pekara pertama yg akan dilakukan adalah ke Madinah dan Makkah Mukaramah utk sholat dan mohon petujuk dari Allah swt, sholat memohon keredohan dari maha pencipta. Memang begitulah kebanyakan pemimpin Islam didunia yermasuk dari benua Eropah seperti contohnya Russia sebuah kuasa besar dunia yg sujud kepada lehendak Allah swt.

Selain itu sepekara lagi yg boleh kita lihat bila kebanyakan pemimpin dahulu paling banyak mewujud dan menyambung warisan Tafiz dan anak yatim yg kini tidak lagi kita boleh sama kan pemimpin yg baru dibentuk oleh PH. Malah sekolah Tafiz sudah mula diberi tekanan malah ugutan utk ditutup dati mulut menterinya sendiri. Rakyat semangnya sedar dgn kebangkitan golongan baru yg libreal dan syiah yg mula mendapat tempat dan ruang yg terbuka luas oleh kerajaan PH yg baru. Mereka tidak segan silu menidakan hadis, mencaci Islam, mengangkat Hussain spt syiah, perlakuan sumbang, LGBT dan banyak lagi yg boleh kita katakan Malaysia bukan lagi seperti negara Islam seperti sebelum ini.

Apa pun kita sebagai umat Muhammad saw dan punyai Ibu tersayang, marilah mendoakan kepada seorang ibu dapat mengerjakan umrah dgn baik dan Mabrur, moga segala doanya ditunaikan oleh Allah swt.

Labbaikallahumalabaik.....

@ SeMuTaR HiTaM.

Tuesday, October 2, 2018

MULUT BANGKAI LGE BERNILAI PULUHAN BILLION RINGGIT


MULUT LGE BERNILAI  BERPULUH BILLION RINGGIT!
Alangkah eloknya kalau itu pulangan kepada negara! Sebaliknya bukan untung malah punca NEGARA KEHILANGAN kerugian Berpuluh Billion Ringgit yg kita tidak sedar.
Akibat Menteri ini jugalah Kera jaan PAKATAN HARAPAN kehilangan dan menanggung kerugian besar setiap hari, ini didedahkan oleh Tan Sri Annuar Musa dalam video ini

Keceluparan beliau nampaknya bukan saja bakal boleh memufliskan negara jika berterusan negara bakal kehilangan demi kehilangan setiap apa yg dia perkatakan tidak pernah tepat dan pernah dibentangkan fakta, paling jelas apa sahaja disebut bercanggah dgn laporan ekonomi dunia dan kementerian.

Banyak akibat dari kesan yg dilaporkan seolah berkempen pilihanraya sahaja lakunya. Kejatuhan nilai ringgit, bursa yg merundum, pelabur yg lari, harga barangan makin melambung dan paling jijik bila sering buat tuduhan yg tiada berasas ikut sedap mulut beliau mahu menuduh siapa pencuri dan penyamun tanpa sebarang fakta. Kesannya mereka yg terlibat percambahan ekonomi negara mula hilang kepercayaan kepada negara.

Sifat menakutkan rakyat, penjawat awam dan fokus kepada pembalasan dendam tanpa mengira kesan buruk pada negara yg sedang berlaku. Rakyat dan negara terpaksa menanggung segala akibat keceluparan dan hati yg berdendam dan tidak lansung mencari pembaharuan dalam menaikan ekonomi negara adalah satu sifat yg boleh kita lihat dalam kera jaan PH.

Lihat apa yg dibongkarkan oleh TS Annuar Musa, kita pakat kongsi dan share utk Rakyat lebih maklum apa sebenarnya terjadi kepada negara yg terus rugi setiap hari.
JADILAH RAKYAT YG BERTANGGUNG JAWAB DAN MEREALISASIKAN KUASA RAKYAT SEBENAR SEBELUM SEMUANNYA TERLAMBAT.

@ Ot@k K@n@n